Monday, June 9, 2008

KEGAGALAN DAN KEJAYAAN

Salam Sejahtera.

Saya ining menyentuh tentang bagaimana kita nak berjaya walau terlalu banyak cabaran, halangan, dugaan dan kegagalan. Satu topik yang paling saya suka ialah kegagalan, sebab dari pengalaman sendiri, saya banyak berdepan kegagalan. Terus terang saya katakan, bangkit dari kegagalan bukan senang.

Ini juga adalah sebagai peringatan untuk diri saya sendiri. Untuk mencapai kejayaan walaupun menempuh beribu dugaan, pertama sekali Kita perlu tahu apa yang Kita nak capai. Untuk ke arah itu, kita perlu ada impian dan matlamat yang nak dituju. Tanya diri apa makna kejayaan pada diri kita? Adakah nak berjaya sebagai seorang usahawan cemerlang atau blogger bermotivasi yang cemerlang atau apa saja?
HERB-HEALTHY
Kedua, persiapkan diri, bersedia untuk berdepan dengan cabaran dan sanggup bangkit dari kegagalan. Kita kena kentalkan hati dan bulatkan tekad. Selagi matlamat kita tak tercapai, selagi tu kita kena rajin berusaha, serajin yang mungkin, bekerja sekuat yang mungkin. Lakukan apa saja cara halal untuk membuat matlamat kita tercapai.

Ketiga, kurangkan mengkritik diri sendiri bahkan elak dari buat begitu. Sebaliknya, beri kata-kata semangat pada diri sendiri. Jangan membandingkan diri kita dengan orang lain tapi cabar potensi diri untuk menjadi maju, semakin maju dan terus maju dari yang sebelumnya. Kalau dilukis graf, biar ia naik menceracak ke atas.

Bila bangun pagi, letak azam mahu jadikan hari ini lebih baik dari yang kemarin.

Bila nak masuk tidur, set dalam minda yang kita mahu jadikan esok lebih baik dari yang hari ni. Hasilnya, setiap pagi kita pasti bangun dengan azam yang membara!