Saturday, August 30, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN DAN MENUNAI IBADAH PUASA

Salam Sejahtera.

Memang saya jarang berada di online untuk tujuan promosi perniagaan SNE saya ini. Walau bagaimanapun saya tetap bergiat secara offline kerana saya rasa skill saya memang cara begitu. Syukur alhamdulillah, is terus berjalan lancar dan dapat membawa ahli-ahli baru menyertai perjumpaan peluang perniagaan.

Saya juga ingin mengucapkan syukur dan Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-51 pada 31 Ogos 2008. Merupakan detik bersejarah. Sudah pasti saya juga ingin memerdekakan diri saya untuk kebebasan kewangan, waktu dan lain-lain.

Pada 1 September 2008 umat Islam di Malaysia dan di dunia akan mula berpuasa. Semoga ibadah kita semua di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini akan terus diberkati dan dirahmati oleh Allawh swt.

No comments: